kadang-kadang hati bertanya.. aku telah berdoa, Allah berjanji untuk mengabulkan segala doa, tetapi kenapa belum terjawab ? Ibrahim Adham seorang ulama terkenal telah memberikan panduan dengan 10 sebab. Semoga bermanfaat untuk kita semua. 1) Kamu telah mengetahui tentang Allah tetapi belum tunaikan hak-Nya. 2) Kamu telah membaca al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya. 3) Kamu telah mengetahui tentang sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya. 4) Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengamalkan sunahnya. 5) Kamu mengatakan ingin masuk syurga tetapi tidak mengamalkan apa-apa amalan yang membawamu ke syurga. 6) Kamu ingin selamat daripada neraka tetapi ternyata kamu menempah jalan untuk masuk ke dalamnya. 7) Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak membuat persediaan menghadapi mati. 8) Kamu sibuk meneliti aib atau kelemahan teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri. 9) Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya. 10) Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran daripada mereka.
Sunday, October 17, 2010
10 sebab kenapa doa masih belum termakbul
Posted by misz nina at 12:05 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment